Nama saya Dr Amalina Mohd Daud. Saya berkelulusan dari MBBS (IIUM) dan juga Founder kepada Toddible dan Cofounder kepada Maein. Minat saya kepada bayi dan kanak-kanak mendorong saya untuk venture dalam perniagaan yang berkaitan.

5 tahun dahulu saya pun sama sahaja seperti ibu ayah semua. Banyak belajar tentang pemakanan bayi di pelbagai tempat – social media dan pelbagai rujukan artikel. Malah saya juga turut membaca jurnal-jurnal untuk membantu saya melancarkan sesi intro solid food pada anak sulung saya, Ahmad Atif.

Saya sedar bahawa memulakan pemakanan bayi itu tidak sekadar hanya menyuapkan makanan yang sihat dan berkhasiat sahaja. Ianya perlu kepada teknik FAST VARIETY yang akan saya kongsikan sebentar lagi. Tapi saya nak cerita mengenai anak saya Atif. 

 

Atif ni anak sulung. Seperti anak sulung yang lain, saya banyak bereksperimen dengan Atif. Dari kecil saya kenalkan pemakanan bayi seperti yang diajarkan oleh kebanyakan orang di sosial media dan artikel. Alhamdulillah pada peringkat awalnya nampak Atif suka dan menerima. Saya pun banyak bersyukur. Sesekali saya selang seli kan dengan susu. 

 

Namun bila usia Atif dah menjangkau 2 tahun, saya perasan Atif lebih banyak ambil susu berbanding ambil real food. Saya juga lambat ubah tekstur dan lambat pelbagaikan makanan kepada Atif sampailah pada satu tahap saya perasan Atif ni cuma makan beberapa jenis makanan sahaja. Waktu lain bila saya sediakan makanan yg diluar minat dia, dia menolak. 

 

Masa tu Allah sahaja tahu betapa buntunya saya. Bila dah selalu makan menu yang sama, dia juga kenal bosan. Bila bosan terpaksa tukar menu lain tapi dalam senarai menu yang disukainya. Semakin lama semakin sikit list menu yang dia boleh makan. Berat badan mula menyusut dan memang boleh nampak rangka tulang di tubuhnya. 

 

Sangat sukar untuk saya pulihkan balik selera makannya. Macam-macam cara saya gunakan dan Alhamdulillah bila menjelang usia 4 tahun begitu selera makannya pulih. Waktu itu, saya mencari punca kenapa sebenarnya Atif ini jadi begitu. 

 

Saya dapati ada beberapa PUNCA yang menyebabkan Atif ini menjadi picky eaters. 

 

  1. Saya mengenalkan makanan yang SAMA terlalu LAMA kepada anak
  2. Saya memberi terlalu banyak SUSU kepada anak sehingga dia tidak berminat dengan makanan 
  3. Saya memberI terlalu banyak AIR kepada anak di antara suapan 

 

Bila diselidiki rupanya masalah ini sangat COMMON di kalangan ibu ayah yang lain. Rupanya inilah punca kenapa ramai anak-anak yang pada peringkat awal makan sahaja tapi lama-lama semakin tidak berminat. 

Disebabkan itu saya terpanggil untuk menulis di makananbaby.com dan berkongsi tentang pemakanan yang betul.  Saya berharap perkongsian ini membantu ibu ayah menghadapi masalah tentang pemakanan anak – tak tahu nak intro dengan betul, sembelit, alahan pada makanan, eczema, anak susah makan dan sebagainya.

Jika ada sebarang soalan, pertanyaan, dan cadangan boleh hubungi saya dengan mengisi butiran di bawah.

Your Name (required)

Your Email (required)

Subject

Your Message

If you’re one of those students who are having a hard time in writing their college or university’s article, then you need essay help online to complete your job in time. If you seek the support of specialists, you can have the confidence that you will be writing a composition that will not only land essay writer on the top spot but also make heads turn. With their years of expertise, these essay coaches can help you realize your objective. They supply essay subjects for every academic level and help you plan your essay in a way that you could fully utilize its own contents. Whether you need assistance with a project you’re working on or even in the event that you want tips in composing your essay, these article tutors can supply you with all the help that you need.