Struggle sangat saya menghadap masa anak susah nak makan. Badan kurus kering sampai nampak tulang rangka. Bukan tak bagi makan ya. Tapi memang dia taknak makan.

Masa tu buntu saya dibuatnya. Atif cuma nak makan makanan yg disukai dan boleh diterima sahaja. Lebih dari tu taknak. Nasi tak nak. Mi je yang nak. Tapi bila dah jemu, mi pun dia tolak.

Kadang ada hari goes buy dia hanya penuhkan perut dengan susu. Saya jadi sneaky juga masukkan brown rice powder dalam susu dengan harapan dia kenyang lebih dan dapat carb lebih. But trust me it doesnt help. Makin bahaya adalah.

Semua perangai dia saya tahu berpunca daripada tindakan saya yang lambat tukar tesktur makanan anak. Dahlah lambat tukar tekstur, lambat juga pelbagaikan – sampaikan untuk sejenis makanan 4-5 hari saya ambil masa. ..Rupanya memang ada kajian mengatakan anak yang lambat tukar tekstur dan tidak dikenalkan dengan pelbagai jenis makanan sebelum usia 10 bulan memang akan ada isu dengan picky eating.

Tambah lagi, anak saya memang minum susu dengan banyaknya sampaikan dia neglect real food yang diperlukan untuk memenuhi keperluan dia.

Sebab tu dalam ebook ” Apa yang ibu ayah kena tahu bila bayi mula makan”, saya tekankan sangat-sangat dengan mesti ubah tekstur. Kalau tak buat BLW at least mesti ikut tekstur mengikut usia atau ikut development anak.

Kalau dari mengikut usia, apa yang tekstur ibu ayah kena kenalkan:

1. Usia 6-8 bulan kenalkan dengan puri cair. Makanan yang dimasak dikisar dengan air. Konsistensi ibarat seperti yoghurt.

2. Usia 8-10 bulan kenalkan dengan puri yang pekat. Its either guna food processor yg boleh kisar tanpa air ataupun boleh sahaja lenyekkan dengan garpu.

3. Usia 10-12 bulan dah boleh dah kenalkan dengan makanan yang dicincang-cincang tanpa perlu lenyek dan kisar.

4. Usia setahun ke atas dah boleh kenalkan dengan diet org dewasa provided saiz makanan tu kecil dan boleh dipegang anak..

Transition juga boleh dikenalkan ikut development bayi tanpa kira usia. Ni nanti saya kupas. So please ibu ayah jangan repeat my horrible mistake. Jangan terlalu protective hanya beri anak puri cair tanpa tambah tekstur makanan anak.

Saya odw nak kongsikan lagi banyak ilmu yang seriously mindblown mengenai pemakanan anak dalam ebook : apa ibu ayah kena tahu bila anak mula makan…So nantikan ya!!

Write A Comment