Setelah bayi anda belajar mengunyah, dia kini bersedia untuk menikmati makanan cincang/dikisar kasar ke dalam bubur bayi anda.

Masa Penyediaan : 20 minit

Sesuai untuk : Bayi 8 bulan keatas

Cara Penyediaan :

  • 1/4 cawan dada ayam, dimasak, dibuang tulang dan kulit
  • 1 biji ubi kentang, dikupas dan dipotong dadu
  • 2 sudu makan lobak merah, dipotong dadu
  • 2 sudu makan jagung manis
  • 1/2 cawan stok ayam
  • 2 sudu makan susu ibu
  • 1 sudu makan bawang besar, dicincang

Cara Memasak:

  1. Rebus bawang besar dengan stok ayam di dalam periuk.
  2. Masukkan ubi kentang. Tutup dan renehkan selama 15 minit sehingga ubi kentang menjadi lembut.
  3. Masukkan jagung dan masak lagi selama 2-3 minit.
  4. Akhirnya masukkan ayam dan rebus sehingga masak.
  5. Kisar campuran sehingga menjadi kasar.
  6. Masukkan susu ibu dan hidang.

Cadangan:

  • Anda boleh melenyek dengan belakang sudu semasa memberi anak anda makan.
  • Hidang bersama nasi lembik.
Author

Comments are closed.