Untuk ibu yang inginkan kelainan dan mempelbagaikan tekstur dan rasa bolehlah mencuba resepi ini untukk si comel anda.

Masa penyediaan : 20 minit

Sesuai untuk bayi : 9-11 bulan keatas

Cara penyediaan :

¾ cawan nasi
½ cawan brokoli, dicincang
1 biji tomato bersaiz sederhana, dipotong dadu
¼ cawan daging ayam, dipotong dadu bersaiz kecil.
2 cawan stok ayam buatan sendiri


Cara memasak :
1. Rebus ayam dengan menggunakan pati ayam yang telah disediakan sehingga masak.
2. Masukkan brokoli dan tomato dan masak selama 5 minit.
3. Masukan nasi dan masak selama 10 minit lagi atau sehingga lembut.
4. Lenyek campuran tadi sehingga lembik dan siap untuk dihidangkan!

Author

Write A Comment